Thursday 6 June 2013

CARA PENYIMPANAN SUSU PERAHAN ( EXPRESSED BREASTMILK ) STORAGE GUIDELINES

Assalamualaikum

Hyeee...aaiippp jangan terkejut dengan tajuk di atas yaa, ini sekadar mahu berkongsi maklumat. Sebenarnya sudah lama nak post tapi akibat kemalasan, line yang slow, aihh macam - macam la... perangai.. Actually bulan 4 saya ada menghadiri kursus breastfeeding selama 3 hari, actually da pernah hadiri semasa sem akhir kolej, ini just nak renew balik lesen  balik je.. ada exam lagi taw, exam tu yang malas tuhh tapi alhamdulillah lulus semua lega..


picture from google

CARA PENYIMPANAN :

Peti biasa                     : <8 hari
peti sejuk beku             : 3 bulan
Peti beku yang besar tu : 6 bulan


 Jika suhu bilik : 4jam
 
Cara memanaskan susu perahan adalah RENDAM BEKAS BERISI SUSU DALAM AIR PANAS maksudnya susu perahan ini tidak boleh dimasak atas api ataupun masuk dalam microwave ini kerana zat susu akan hilang, sayang kan..hee

Susu yang telah direndam dengan air panas hanya tahan 2jam, tidak boleh reuse maksudnya diguna semula.
Seandainya ibu mahu menggunakan susu perahan yang dalam peti sejuk beku, ibu perlu alihkan susu perahan tersebut ke peti biasa SEHARI sebelum menggunakannya, ini kerana susu tersebut akan cair dengan sendiri (so mudah la kan..tak perlu tunggu lama, kalau beku terus nak guna lambatkan nak cair )

Pastikan botol tersebut di LABEL nama, tarikh dan masa ( guna yang lama dahulu )
Ahaa tak semestinya menggunakan botol untuk menyimpan susu perahan, boleh juga menggunakan bekas yng isi dadih tu ke plastik prestrilised ke tapi yang paling penting ianya BERSIH ok!



travel beg perlu ada ice pack untuk memastikan susu perahan bertahan


Cara pemberian susu perahan kepada bayi :-
1) Sudu tea
2) Cup feeding


Bagi ibu menyusukan bayinya perlu ambil lebih sedikit serving ok=)
Ini paling penting sekali, pemakanan perlu dijaga yaa ibu - ibu bukan apa B/F memerlukan kita ada tenaga, zat yang cukup. Berpantang itu perlu untuk kesihatan akan datang akan tetapi beringat lah ok=)

* B/Feeding BOLEH MENJARAKKAN KEHAMILAN dengan syarat MENYUSU SEPENUHNYA SELAMA 6BULAN (tanpa mencampurkan apa-apa), ibu tidak pernah datang bulan
* 9BULAN FULL B/Feeding boleh elak Breast cancer.

Sebarang keraguan, pertanyaan boleh bagi comment disini yaaa..dan seandainya ada maklumat terbaru jangan malu-malu SHARE la..=)