Tuesday 24 December 2013

Double Stemcell by Phytoscience

Assalamualaikum....

fuhhh...fuhhhh...berhabuk betul blog saya nihhh...haiyaaa...last post bulan 6 hari tu!!maknanya setengah tahun jugak saya tinggalkan dunia blogger tanpa sepadan nihh..ecehh..;)

Cerita terbaru..haa..mesti sekarang ramai dah tahu tentang produk Double Stemcell by Phytoscience yang meletops sekarang nihh...sambil makan sambil boleh buat income!!siapa tak nak uoolss...nak cantik...nak sihat..duit pon mesti nak jugak kan..haa sebelum tu meh saya cerita pasal produk nih dulu.




Double Stemcell ini merupakan supplement yang menggunakan TEKNOLOGI STEMCELL TUMBUHAN SWISS iaitu kombinasi Stemcell Tumbuhan PhytoCellTec Malus Domestica(stemcell epal) dan PhytocellTec Solar Vitis(stemcell anggur) dan diperkaya dengan Acaiberry serta Blueberry.

APA ITU STEMCELL??
Stemcell adalah satu sel induk yang terdapat pada manusia, haiwan dan tumbuhan. Pada manusia stemcell banyak terdapat pada uri dan tali pusat bayi yang baru lahir. Ketka ini bagi mereka yang tahu kelebihan stemcell, terutama sekali merka yang berada akan menyimpan stemcell bayi mereka semasa dilahirkan. Stemcell ini kan digunakan kemudian apabilabayi itu membesar dan mendapat penyakit.

MENGAPA KITA PERLU STEMCELL??
Cell kita akan mati dan digantikan dengan yang baru namun bila mencapai usia 30an kita terpaksa mengambil supplement untuk menegangkan cell muka untuk menambah kelembapan kulit untuk kelihatan muda dan sihat.










haa..sangat sedap okeh Double Stemcell nihh..tak payah bancuh,goncang bagai.

SEKARANG TENGAH PROMOSI untuk kehlian percuma. BOLEH CONTACT SAYA DI FB Amirah Hafizi. =)

Thursday 6 June 2013

CARA PENYIMPANAN SUSU PERAHAN ( EXPRESSED BREASTMILK ) STORAGE GUIDELINES

Assalamualaikum

Hyeee...aaiippp jangan terkejut dengan tajuk di atas yaa, ini sekadar mahu berkongsi maklumat. Sebenarnya sudah lama nak post tapi akibat kemalasan, line yang slow, aihh macam - macam la... perangai.. Actually bulan 4 saya ada menghadiri kursus breastfeeding selama 3 hari, actually da pernah hadiri semasa sem akhir kolej, ini just nak renew balik lesen  balik je.. ada exam lagi taw, exam tu yang malas tuhh tapi alhamdulillah lulus semua lega..


picture from google

CARA PENYIMPANAN :

Peti biasa                     : <8 hari
peti sejuk beku             : 3 bulan
Peti beku yang besar tu : 6 bulan


 Jika suhu bilik : 4jam
 
Cara memanaskan susu perahan adalah RENDAM BEKAS BERISI SUSU DALAM AIR PANAS maksudnya susu perahan ini tidak boleh dimasak atas api ataupun masuk dalam microwave ini kerana zat susu akan hilang, sayang kan..hee

Susu yang telah direndam dengan air panas hanya tahan 2jam, tidak boleh reuse maksudnya diguna semula.
Seandainya ibu mahu menggunakan susu perahan yang dalam peti sejuk beku, ibu perlu alihkan susu perahan tersebut ke peti biasa SEHARI sebelum menggunakannya, ini kerana susu tersebut akan cair dengan sendiri (so mudah la kan..tak perlu tunggu lama, kalau beku terus nak guna lambatkan nak cair )

Pastikan botol tersebut di LABEL nama, tarikh dan masa ( guna yang lama dahulu )
Ahaa tak semestinya menggunakan botol untuk menyimpan susu perahan, boleh juga menggunakan bekas yng isi dadih tu ke plastik prestrilised ke tapi yang paling penting ianya BERSIH ok!



travel beg perlu ada ice pack untuk memastikan susu perahan bertahan


Cara pemberian susu perahan kepada bayi :-
1) Sudu tea
2) Cup feeding


Bagi ibu menyusukan bayinya perlu ambil lebih sedikit serving ok=)
Ini paling penting sekali, pemakanan perlu dijaga yaa ibu - ibu bukan apa B/F memerlukan kita ada tenaga, zat yang cukup. Berpantang itu perlu untuk kesihatan akan datang akan tetapi beringat lah ok=)

* B/Feeding BOLEH MENJARAKKAN KEHAMILAN dengan syarat MENYUSU SEPENUHNYA SELAMA 6BULAN (tanpa mencampurkan apa-apa), ibu tidak pernah datang bulan
* 9BULAN FULL B/Feeding boleh elak Breast cancer.

Sebarang keraguan, pertanyaan boleh bagi comment disini yaaa..dan seandainya ada maklumat terbaru jangan malu-malu SHARE la..=)

Wednesday 20 March 2013

1 Year sudah

assalamualaikum dan hyeeee

Alhamdulillah hari ni 20 march 2013 genap sudah setahun saya bekerja.
Terima Kasih Ya Allah kerana memberi aku pekerjaan yang mulia ini. Sunguh pun aku tidak pernah terlintas pun untuk menjadi seorang jururawat masyarakat seusia muda ini, aku tetap bersyukur, alhamdulillah...

Kelebihan menjadi Jururawat Masyarakat adalah anda dapat menyambut kelahiran!! can you imagine seawal umur 19 tahun aku sudah menyambut kelahiran bayi tapi dengan staff la..gila apa aku sorang2!! Menangis aku kang...hahah..alhamdulillah aku berjaya tempuhi semua itu. Pada mulanya perasaan takut menyelubungi diri, tapi aku dapat atasi segalanya dengan berkat sokongan ahli keluarga, pengajar, kawan-kawan dan yang paling penting DOA supaya kita kuat semangat!!segala-galanya kita berserah..

Now, aku bekerja dibahagian O&G dan Peadiatrik. owhh sangat pelik sebenarnya bekerja disini pada awalnya kami rotate kerja ward sebelum/selepas bersalin dan scn(special care nursery) sebabnya nak bagi kita MAHIR katanyaaaa.=) tapi sekarang rotate 6 bulan pula. Pernah juga aku bekerja sementara iaitu 2hari di klinik O&G..dipinjamkan sekejap. Pada awalnya memang pening kepala tau, yelaa lain-lain bahagian lain-lain cara kerja. Walaupun begitu.. aku tetap bersyukur alhamdulillah, semoga aku dapat tingkatkan lagi prestasi kerja aku dengan lebih baik dan menjadi jururawat yang disukai pesakitnya.. wahh gitu...LOL.Btw semoga pekerjaan ini diberkatiNYA.. aminnn

nih pic 2011, masa last sem my group!!syg korang

kami satu rumah, satu group..

time ni nak final da..masing2 belajar..kami??tangkap pic dulu..kenangan katanya..huu

21march2012, hari pertama di Putrajaya
hari pertama melapor diri di JKWPKL 20march2012


dayah.me dan kak yaya(senior)jumpa kt 1million walk purple


nampak tak bangunan belakang tu??bukan rumah ye..;)

ok..thanks for reading
~ amirah~


Sunday 17 February 2013

Resipi Spagetti Tomyam

Assalamualaikum and hyeee...

Pertama kali saya dengar perkataan spagetti tomyam ingat kan yang berkuah tue tapi rupa-rupanya tak ada kuah just rasa macam tomyam.. sedap okey. Actually this recipe my sis ambil dalam majalah Dara. Makanya kami satu keluarga memang da suka dan saya pong belajar la masak spagetti tomyam ini..

Mehhh gua kongsi resipi PERTAMA dalam blog nihh, senang je bahan - bahannyaaa..


bahan utama semestinya spagetti  kalau takde menda nihh tak jadi wehh

Bahan - bahan :

- 1 bungkus spagetti yang sudah direbus (ikut suka hati nak jenama apa ok )
- 1 biji bawang besar (dipotong dadu )
- 5 - 6 ulas bawang putih ( dipotong dadu, bawang putih kalau banyak lagi sedap so lebih pon tak pe )
- 10-15 tangkai cili padi ( dipotong bulat - bulat,suka hati jugak nak banyak mana ikut tahap kepedasan yang korang nak )
- 1 kiub ayam ( jenama knorr )
- 3 biji limau nipis (ambil perahan sahaja, kalau nak masam lagi boleh tambah )
- 5 helai daun limau purut ( di buang uratnya dan koyakkan sikit )
- 1 batang serai ( di tumbuk sedikit )
- isi ayam, sotong, udang, ( ikut suka hati nak banyak mana )
- Garam ( ikut suka hati, sebagai perasa )
- kalau nak tambah carrot / tomato boleh je tapi saya taruh tomato if tak taruh pon tak mengapa (ikut suka hati )

* banyak perkataan " ikut suka hati " di situ makanya agak - agak korang la ok..=)

Cara -cara :

1) Rebus spaggeti kemudian campur sedikit minyak untuk elak dari melekat dan garam sedikit dan toskan.

2) Panaskan minyak dalam kuali, da agak - agak panas masukkan bawang merah dan bawang putih yang   telah dipotong dadu dan kacau sehingga nampak  kekuningan sedikit.

3) Kemudian masukkan isi ayam, sotong dan udang serta 1 kiub ayam knorr tambah air sedikit untuk elak kering

4) Masukkan serai dan spagetti tadi kemudian masukkan cili padi, perahan jus limau nipis, daun limau purut, dan garam secukup rasa.

kuali kita kecik almaklum la kuali bujang.. LOL


p/s jangan terlalu kacau sangat spagetti tu takut hancur sangat plak, kalau boleh guna sudip kayu =)

     Selamat mencuba!!
Disini saya selitkan Kacang kegemaran Ku... huahua


     Thanks for reading
   ~ Princess ~


Hanis Zalikha Again!!!

Assalamualaikum and haiiiii

Wuhuu.... seperti yang sedia maklum, tajuk pong Hanis Zalikha taw
Selepas je tengok FB yang Hanis akan promote Filem Gangster Celop kat GSC Alamanda
" waa terus jadi suka hakhak.."

ok Hanis, thank you still remember  me

Promote Gangster Celop! tak sabar nak tengok!!

alahai hensemnya Kamal Adli =')

Kalau nak tahu saya pernah sampai mimpi jumpa Hanis Zalikha ni taw, mimpi dia jual Collogen Dust kat saya kat mana tah tak ingat, dengan mama dia masuk sekali mimpi tuhh.. hahaha...( oleh itu sebelum tidur sila baca inibelogsaya.blogspot.com ) huahua =')

ok, thanks coming this blog
~ princess ~

Friday 18 January 2013

Langkawi 2012

assalamualaikum n hyee..
( This will be a long post full with word and picture )

Percutian 2012 Langkawi!haa...Langkawi...last year kita da kesana kn..disebabkan ketidak puasan berada di sana last year jadi this year we are go again!! tapi kali ni my lil sister iffah join and my sister afiqah xdapat join disebabkan dia bakal menghadapi exam.."good luck sis, next time kita g whole family ok n masa tu mungkin family kita da bertambah..;)"

Disebabkan  tidak merancang untuk ke Langkawi sekali lagi , makanya kelam kabut la mencari tempat menginap sebelum sampai ke Langkawi. Sepanjang perjalanan dari KL ke Ipoh ai n adik ai nabil berusaha Google mencari tempat penginapan, hampir berputus asa kerana hotel kebanyakkan fully booked lagi-lagi tarikh 25-28 dis adalah school holiday, chrismas. Akhirnya semasa perjalanan ke Kuala Perlis dapat jugak tempat penginapan  which is Charlie Motel & Restaurant. Lega sangat!!

Perjalanan kami bermula dari Ipoh kerana ada urusan diasana. Selesai je urusan kami teruskan perjalanan dan agak lewat kami sampai ke jeti Kuala Perlis makanya kami tidur semalam di motel berhampiran jeti yang agak tidak selesa  kerana semua hotel di situ full.  Yang bestnya di jeti Kuala Perlis pada waktu malam kedai makan seafood terlalu banyak. so korang boleh pilih je nak makan kat mana. Makan sambil hirup angin sepoi-sepoi bahasa, nyaman sekali, wahh..

sementara menunggu makanan siap

DAY 1 (25 DISEMBER 2012)


Perjalanan dari Kuala Perlis ke Langkawi yang mengambil masa 1jam tepat jam 8.30am feri kami bergerak.
Setibanya di langkawi jam 9.30am kami terus mencari kereta sewa. 1hari Rm 120 untuk kereta wira. actually banyak pilihan korang boleh pilih so don't worry k. Dapat je kereta kami terus ke tempat penginapan kami di Charlie Motel & Restaurant, Pantai Tengah yang terletak di penghujung Pantai Cenang berhadapan dengan kedai makan The Light House. Tempat ni menawarkan harga bilik yang berpatutan dan permandangan yang cukup indah, kami memilih bilik seaview yang berharga RM140 1 malam.
Permandangan yang indah dan jangan terkejut kadang-kadang anda terasa berada diluar negara!hihi
bilik ini tidak sesuai untuk family yang ramai ye, sebab hanya ada single bed n twin bed n ruang yang kecil sahaja.
sampai je terus nabil dan ayah mandi laut walaupun tangah panas terik
Petangnya kami ke pantai pasir tengkorak (agak menyeramkan nama itu) yang dicadangkan oleh penyewa kereta, tahukah anda..

pemandangan sekitar pantai tengkorak
kami menikmati makan petang di tepi Laut Jalan Padang Mat Sirat
Pada sebelah malam kami outing berdekatan dengan motel kami


DAY 2 (26 DIS 2012)

Di mulakan dengan jogging di tepi pantai with mama ayah, dan breakfast di kedai makan simpang tiga menghala ke penginapan kami. Kemudian kami ke Langkawi Geopark untuk menaiki Carble Car, sangat ramai ye. Disebabkan angin kencang kami terpaksa tunda menaiki carble car. 

balik dengan sedikit kekecewaan disitu tapi still happy
Kami teruskan perjalanan kami ke tempat bersejarah Makam Mahsuri dan Beras Terbakar

Telaga Mahsuri kisahnya boleh menyerikan wajah
kisahnyaaa.....

berhadapan rumah pandak mayah bapa kepada Mahsuri
at Makam Mahsuri
BERAS TERBAKAR
kemudian kami ke Beras Terbakar
tiba-tiba terserempak dengan kawan ayah ;)
ok disebabkan tengah hari tadi angin kencang, makanya pada sebelah petang we come again dan berharap cuaca sangat baik, alhamdulillah dapat naik walaupun kena tunggu berjam - jam untuk naik ke atas, harga untuk naik cable car dewasa RM15 bagi warganegara tapi kena tunjuk MYKAD harap maklum yaa...=)

kita adik beradik je naik =)

semasa di atas, sangat bersyukur kurniaanNYA sungguh indah..beautiful world
Jambatan gantung da tak boleh naik atas sebab-sebab tertentu, my lil sis tak dapat melaluinya..huhu. Sebelah malamnya kami shopping2 di pekan Kuah.. masa sangat mencemburui kami, wah giteww=)

DAY 3 (27 DIS 2012)

Island Hoping di 3 tempat iaitu Tasik Dayang Bunting, melihat Helang dan Pantai Beras Basah yang sangat cantik. Last year pn saya da pergi cuma kali ni nak bawa my lil sis Iffa mengalami perasaan seperti kami pada tahun lepas. 

ok,kami je malaysian dalam bot ini yaa..
sejarah Legenda Tasik Dayang Bunting
disebabkan tahun lepas mama and ayah da naik, kali ni mereka xnaik da..xlarat katanya..


at Pantai Beras Basah sungguh cantik!


 my makcik ana  dan family kakak ipar datang Langkawi tapi lewat sedikit 
 Sebelah malam kami shopping lagi di Pekan Kuah.. huihui

DAY4 (28 DIS 2012)

SELAMAT TINGGAL LANGKAWI, PANJANG UMUR, MURAH REZEKI KAMI DATANG LAGI