Friday 18 January 2013

Langkawi 2012

assalamualaikum n hyee..
( This will be a long post full with word and picture )

Percutian 2012 Langkawi!haa...Langkawi...last year kita da kesana kn..disebabkan ketidak puasan berada di sana last year jadi this year we are go again!! tapi kali ni my lil sister iffah join and my sister afiqah xdapat join disebabkan dia bakal menghadapi exam.."good luck sis, next time kita g whole family ok n masa tu mungkin family kita da bertambah..;)"

Disebabkan  tidak merancang untuk ke Langkawi sekali lagi , makanya kelam kabut la mencari tempat menginap sebelum sampai ke Langkawi. Sepanjang perjalanan dari KL ke Ipoh ai n adik ai nabil berusaha Google mencari tempat penginapan, hampir berputus asa kerana hotel kebanyakkan fully booked lagi-lagi tarikh 25-28 dis adalah school holiday, chrismas. Akhirnya semasa perjalanan ke Kuala Perlis dapat jugak tempat penginapan  which is Charlie Motel & Restaurant. Lega sangat!!

Perjalanan kami bermula dari Ipoh kerana ada urusan diasana. Selesai je urusan kami teruskan perjalanan dan agak lewat kami sampai ke jeti Kuala Perlis makanya kami tidur semalam di motel berhampiran jeti yang agak tidak selesa  kerana semua hotel di situ full.  Yang bestnya di jeti Kuala Perlis pada waktu malam kedai makan seafood terlalu banyak. so korang boleh pilih je nak makan kat mana. Makan sambil hirup angin sepoi-sepoi bahasa, nyaman sekali, wahh..

sementara menunggu makanan siap

DAY 1 (25 DISEMBER 2012)


Perjalanan dari Kuala Perlis ke Langkawi yang mengambil masa 1jam tepat jam 8.30am feri kami bergerak.
Setibanya di langkawi jam 9.30am kami terus mencari kereta sewa. 1hari Rm 120 untuk kereta wira. actually banyak pilihan korang boleh pilih so don't worry k. Dapat je kereta kami terus ke tempat penginapan kami di Charlie Motel & Restaurant, Pantai Tengah yang terletak di penghujung Pantai Cenang berhadapan dengan kedai makan The Light House. Tempat ni menawarkan harga bilik yang berpatutan dan permandangan yang cukup indah, kami memilih bilik seaview yang berharga RM140 1 malam.
Permandangan yang indah dan jangan terkejut kadang-kadang anda terasa berada diluar negara!hihi
bilik ini tidak sesuai untuk family yang ramai ye, sebab hanya ada single bed n twin bed n ruang yang kecil sahaja.
sampai je terus nabil dan ayah mandi laut walaupun tangah panas terik
Petangnya kami ke pantai pasir tengkorak (agak menyeramkan nama itu) yang dicadangkan oleh penyewa kereta, tahukah anda..

pemandangan sekitar pantai tengkorak
kami menikmati makan petang di tepi Laut Jalan Padang Mat Sirat
Pada sebelah malam kami outing berdekatan dengan motel kami


DAY 2 (26 DIS 2012)

Di mulakan dengan jogging di tepi pantai with mama ayah, dan breakfast di kedai makan simpang tiga menghala ke penginapan kami. Kemudian kami ke Langkawi Geopark untuk menaiki Carble Car, sangat ramai ye. Disebabkan angin kencang kami terpaksa tunda menaiki carble car. 

balik dengan sedikit kekecewaan disitu tapi still happy
Kami teruskan perjalanan kami ke tempat bersejarah Makam Mahsuri dan Beras Terbakar

Telaga Mahsuri kisahnya boleh menyerikan wajah
kisahnyaaa.....

berhadapan rumah pandak mayah bapa kepada Mahsuri
at Makam Mahsuri
BERAS TERBAKAR
kemudian kami ke Beras Terbakar
tiba-tiba terserempak dengan kawan ayah ;)
ok disebabkan tengah hari tadi angin kencang, makanya pada sebelah petang we come again dan berharap cuaca sangat baik, alhamdulillah dapat naik walaupun kena tunggu berjam - jam untuk naik ke atas, harga untuk naik cable car dewasa RM15 bagi warganegara tapi kena tunjuk MYKAD harap maklum yaa...=)

kita adik beradik je naik =)

semasa di atas, sangat bersyukur kurniaanNYA sungguh indah..beautiful world
Jambatan gantung da tak boleh naik atas sebab-sebab tertentu, my lil sis tak dapat melaluinya..huhu. Sebelah malamnya kami shopping2 di pekan Kuah.. masa sangat mencemburui kami, wah giteww=)

DAY 3 (27 DIS 2012)

Island Hoping di 3 tempat iaitu Tasik Dayang Bunting, melihat Helang dan Pantai Beras Basah yang sangat cantik. Last year pn saya da pergi cuma kali ni nak bawa my lil sis Iffa mengalami perasaan seperti kami pada tahun lepas. 

ok,kami je malaysian dalam bot ini yaa..
sejarah Legenda Tasik Dayang Bunting
disebabkan tahun lepas mama and ayah da naik, kali ni mereka xnaik da..xlarat katanya..


at Pantai Beras Basah sungguh cantik!


 my makcik ana  dan family kakak ipar datang Langkawi tapi lewat sedikit 
 Sebelah malam kami shopping lagi di Pekan Kuah.. huihui

DAY4 (28 DIS 2012)

SELAMAT TINGGAL LANGKAWI, PANJANG UMUR, MURAH REZEKI KAMI DATANG LAGI

Monday 7 January 2013

Team Hanis Zalikha!!


Assalamualaikum and hyee.....

Lamanya ai xupdate blog..kemalasan diri ini semakin melampau sekarang..haiyaaaa amirah wake up please...2013 sudah...HAPPY NEW YEAR korang...tak terlambat lagi kowt hehe..

Team Hanis Zalikha??ehee mesti korang tertanya tanyakan,actually pada 28 Dis 2012 baru sahaja turun ferry kt kuala perlis dengan angkat barang yang berat n banyak..korang faham la kan mcm mana rasa..tiba2 ai got call from pizza hut yg menyatakan.

pizza hut : helloo...awak amirah ke??
ai             : ye saya...
pizza hut  : awk ada join contest pizza hut kt facebook kan..
ai             : ye betul..
pizza hut  : ok,awk dapat makan pizza hut bersama HANIS ZALIKHA
ai              : haa...betul ke..bila? (dalam hati dup dap dup dap mcm xpercaya)
pizza hut   : betul, 3 jan hari khamis..boleh..
ai              : haa..t saya comfem kan balik boleh..last bila boleh comfem?
pizza hut   : kalu boleh hari ini la..secepat mungkin
ai               : alaa saya kerja..nanti saya call balik ke macam mana nak comfen kn..
pizza hut   : ok nanti saya call awak balik hari isnin untuk comfem kan
ai               : betul ni??(masih xpercaya n berharap sgt pizza hut call semula)hee..terima kasih 
pizza hut    : betul..sama-sama..

arrrrrrrrr...serius macam xpercaya lagi..terus ai bgthu family n adik ai.." kak ya dapat makan pizza dengan HANIS ZALIKHA  " so excited!! because ai sangat2 suka tengok hanis nihh...cantik...suka baca blog dia.. bila ada majalah muka hanis terus ai beli..huhu..

so kat tempat kerja terus tgk roster hopefully 3jan dapat pergi...n since bila da tengok ai kerja pagi so petang i can go!!yeaayyy.. tp esoknya saya kerja makanya saya pong mintak tukar cuti dengan kak hana (tq so much kak hana) hehe..ai amik cuti dia,dia amik cuti ai...kebetulan dia pn nak mintak tukar jugak..(huhh perasaan lega di situ okeyhh) n ofkoz pizza hut call me back!!

Next..ai bawak adik boy ai untuk menemani kakak ya nya ketemu hanis..huhu..and thanks ayah sebab hantar ya..hahaha...terharu..tunggu sampai habis party lg ok..

masa yang ditunggu akhirnyaa tiba jua... ai dengan adik ai sampai awal...si hanis,abg nara n noh hujan da sampai..belum pukul 6 lagi masa tuhh..

macam2 games ada so ai try main semuanya..hehe...masa mula2 tegur hanis actually perasaan MALU membara dalam diri ini..tapi ai buang jauh2.. haha..n ai sibuk je nak tangkap pic dengan hanis kt lappy pizza hut tu n then ai perkenalkan diri..huhu..so let's picture tell u oollss okeyhh..


tiba-tiba je ai menyebuk nak tangkap picture dengan dia..hahahha..sorry hanis..tehee^_^


Team Hanis Zalikha  okeyhh!!sporting semuanya..seronok dapat kenal korang!!insyaAllah jumpa lagi ok=)


games with Hanis...sempoi je dia..n cute..kurus, tinggi lampai, ai da pkai heel pn dia masih tinggi..xoxo


ehh2 noh hujan n abg nara pn ada taw..ingatkan ai dapat makan ngan hanis jew..hewhew



sekitar makan2...yummmyy 4 jenis pizza cheesy7, spagetti, nasi goreng, sotong, kentang, udang (grg tpg)=)


nampak tak kemesraan disitu..^_^


eh2 kebetulan je aksi sama;)) thanks Hanis sudi tangkap gmbar, byk kowt pic ai ngan you


sweet tak?? hahahaa ^_^...siapa tak kenal Noh Hujan


siapa tak kenal abg Nara... famous amos gossip blogger... yuhuuu.. beautifulnara.com


Last but not least Team Hanis Zalikha yang super hebat..tehee ^_^

Thank You so much Pizza Hut Malaysia sebab adakan Red Carpet Exclusive with Fan
and menberi saya peluang untuk makan bersama Hanis Zalikha!!

ok korang... thanks sudi baca

~ Princess ~