Ramadan dikenali sebagai bulan puasa,bulan al-Quran,bulan sedekah,bulan solat malam atau bulan kesabaran.
i) Doa pada awal malam Ramadan
ii) Solat sunat terawih dan witir pada waktu malam
iii) membanyakkan membaca al-Quran
iv) membanyakkan sedekah
v) membanyakkan ibadat pada waktu malam khususnya 10malam terakhir Ramadan
vi) mengerjakan umrah(jika mampu) oleh kerana pahala satu umrah bulan ini menyamai pahala satu haji bersama Rasullullah SAW
sumber: Indahnya Hidup Bersyariat,oleh Dato'Ismail Kamus,Mohd.Azrul Azlen Ab.Hamid
Dikesempatan ini,sy nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa
dibulan yang mulia ini sama2 lah kita tingkatkan amalan kita ke arah yang lebih baik,InsyaAllah..saya dengan rendah diri memohon maaf atas kesilapan2 yang telah sy lakukan kepada sesiapa yang mengenali diri ini.
p/s: jangan lupa niat puasa k,niat dalam hati pada setiap malam,tempohnya bermula sesudah tenggelam
matahari sehingga terbit fajar.
NIAT SEBULAN PUASA
" Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala "
LAFAZ LENGKAP
" Sahaja aku berpuasa pada esok hari dalam menunaikan fardu bulan Ramadan pada tahun ini kerana
Allah Taala"
tQ=)
No comments:
Post a Comment