Assalamualaikum
Hyeee...aaiippp jangan terkejut dengan tajuk di atas yaa, ini sekadar mahu berkongsi maklumat. Sebenarnya sudah lama nak post tapi akibat kemalasan, line yang slow, aihh macam - macam la... perangai.. Actually bulan 4 saya ada menghadiri kursus breastfeeding selama 3 hari, actually da pernah hadiri semasa sem akhir kolej, ini just nak renew balik lesen balik je.. ada exam lagi taw, exam tu yang malas tuhh tapi alhamdulillah lulus semua lega..
picture from google |
CARA PENYIMPANAN :
Peti biasa : <8 hari
peti sejuk beku : 3 bulan
Peti beku yang besar tu : 6 bulan
Cara memanaskan susu perahan adalah RENDAM BEKAS BERISI SUSU DALAM AIR PANAS maksudnya susu perahan ini tidak boleh dimasak atas api ataupun masuk dalam microwave ini kerana zat susu akan hilang, sayang kan..hee
Susu yang telah direndam dengan air panas hanya tahan 2jam, tidak boleh reuse maksudnya diguna semula.
Seandainya ibu mahu menggunakan susu perahan yang dalam peti sejuk beku, ibu perlu alihkan susu perahan tersebut ke peti biasa SEHARI sebelum menggunakannya, ini kerana susu tersebut akan cair dengan sendiri (so mudah la kan..tak perlu tunggu lama, kalau beku terus nak guna lambatkan nak cair )
Pastikan botol tersebut di LABEL nama, tarikh dan masa ( guna yang lama dahulu )
Ahaa tak semestinya menggunakan botol untuk menyimpan susu perahan, boleh juga menggunakan bekas yng isi dadih tu ke plastik prestrilised ke tapi yang paling penting ianya BERSIH ok!
travel beg perlu ada ice pack untuk memastikan susu perahan bertahan |
Cara pemberian susu perahan kepada bayi :-
1) Sudu tea
2) Cup feeding
Bagi ibu menyusukan bayinya perlu ambil lebih sedikit serving ok=) |
* B/Feeding BOLEH MENJARAKKAN KEHAMILAN dengan syarat MENYUSU SEPENUHNYA SELAMA 6BULAN (tanpa mencampurkan apa-apa), ibu tidak pernah datang bulan
* 9BULAN FULL B/Feeding boleh elak Breast cancer.
Sebarang keraguan, pertanyaan boleh bagi comment disini yaaa..dan seandainya ada maklumat terbaru jangan malu-malu SHARE la..=)